Nur Fazura @ MySelebriti

5 Oct

Sila baca berita-berita Fazura disini.

Jangan salahkan saya – Fazura

9 Sep

Kayangan sebuah filem yang gagal. Demikianlah tanggapan sesetengah pihak kalau dilihat di sudut kutipan tiket. Sebenarnya agak berat hendak menerima kenyataan itu, apatah lagi mereka yang terlibat dalam produksi filem berkenaan.

Tetapi demikianlah realitinya. Filem yang dihasilkan dengan belanja hampir RM2 juta itu tidak mendapat tempat yang sepatutnya di pasaran. Mengikut rekod Finas, Kayangan yang diterbitkan oleh Raden Pictures Sdn. Bhd. hanya mendapat kutipan kasar sebanyak RM250,000 setelah beberapa hari di pawagam.

Sebenarnya mengukur tinggi atau rendah, gagal atau berjaya sesebuah filem bukanlah penanda aras kutipan tiket. Tetapi apabila kita menjadikan kutipan sebagai penanda arasnya, Kayangan dikelaskan sebagai gagal.

Pastinya kegagalan Kayangan turut disabitkan dengan dua pelakon utamanya, Fazura dan Teuku Zacky Azwar yang sensasi Indonesia.

Kata sesetengah orang, dua pelakon ini tidak mampu menarik orang untuk ke pawagam. Lakonan tidak berkesan, tak ada daya tarikan dan macam-macam lagi. Bahkan kisah-kisah lama Fazura yang masih dalam perbicaraan di mahkamah juga dikatakan menjadi punca penonton menolak Kayangan.

Kata-kata ini membuatkan perasaan Fazura tertekan. Dia kecewa apabila namanya dikatakan menjadi punca kegagalan filem berkenaan.

“Sebenarnya banyak faktor lain yang membuatkan sesebuah filem itu gagal di pasaran. Bukan hanya semata-mata kerana pelakon,” tepis pelakon cantik ini.

Saya diberitahu dek kerana terlalu kecewa dengan sambutan filem berkenaan, Fazura membawa diri ke luar negara. Bercuti seketika untuk meredakan tekanan.

Sewaktu kami berhubung, Fazura tidak berada di Kuala Lumpur tetapi di sebuah negara yang menjadi destinasi pelancongan popular.

Katanya dia bosan, kecewa dan marah bila ada pihak yang meletakkan faktor kegagalan filem itu ke bahunya.

Secara tegas pula Fazura meletakkan kegagalan itu kepada pihak yang menguruskan soal promosi filem Kayangan.

Apa pandangan Fazura bila ada menilai Kayangan sebagai sebuah filem yang gagal?

Itu pandangan masing-masing. Pada saya tak semua yang ada dalam Kayangan gagal. Sekurang-kurangnya filem itu beri sesuatu yang berbeza dari filem kita yang ada. Banyak hal baik dan positif tentang Kayangan, tetapi tidak ditonjolkan. Soal gagal itu saya tak nafikan juga. Memang kalau dihitung dari segi kutipan di pawagam kita boleh katakan ia gagal meraih perhatian penonton. Hendak cakap lebih-lebih pun saya tak boleh juga sebab saya hanya pelakon.

Apa pandangan Fazura sendiri, kenapa ia gagal di pawagam? Orang kata, Kayangan sebuah karya yang baik?

Ya, banyak yang kata macam itu. Kayangan filem yang ada kualiti. Tetapi saya dan kawan-kawan lain merasakan ada masalah dengan cara ia dipromosikan. Sebenarnya saya sendiri sudah jangka dari awal lagi filem ini susah hendak diterima ramai. Promosinya bermasalah. Kurang berkesan.

Adakah Kayangan tidak dipromosikan dengan baik?

Saya tak salahkan penerbit dalam soal ini. tetapi pihak yang diberi tanggungjawab tidak melakukannya dengan baik. Promosi filem itu pun dibuat pada saat-saat akhir. Sebab itu saya dah dapat rasa filem ini susah hendak jual. Macam mana hendak jual kalau promosi tak ada?

Filem meletup macam mana sekalipun, kalau tak ada promosi hancur juga. Orang tak sedar.

Sebagai pelakon utama Kayangan, adakah Fazura marah dengan keadaan ini?

Kalau cakap tentang filem itu sendiri, saya sangat puas hati. Okeylah tu. Cara kerjanya memang hebatlah. Ia dipuji sebagai sebuah filem yang bagus. Tetapi yang buat saya sangat kecewa bila melihat cara dia orang promosikan Kayangan. Itu saja. Kita buat kerja penat-penat di lokasi. Tiba masanya orang lain buat kerja sambil lewa. Tentulah kita tak senang hati. Kesannya pelakon juga yang kena.

Dengarnya Fazura lari ke luar negara gara-gara kecewa dengan filem ini. Kenapa sampai macam itu sekali?

Memang saya tak nafikan. Saya kecewa. lepas promosi Kayangan, saya terus tempah tiket, pergi luar negara. (Fazura tidak mahu bercerita destinasinya). Saya hendak tenangkan fikiran. Macam-macam orang cakap pasal filem itu, saya tertekan. Orang asyik salahkan pelakon saja. Kata macam-macam, tetapi orang tak tahu cerita sebenarnya macam mana. Jadi tak mahu pusing kepala, saya bawa diri ke sini. Berehat, tak payah baca akhbar, tak payah dengar orang mengata.

Atau mungkin sebab filem itu sendiri agak berat, sukar orang hendak terima. Sebab itu tak laku?

Tak juga. Kayangan tu tak adalah berat sangat filemnya. Biasa saja. Banyak filem saya ringan saja. Tetapi macam biasalah. Dalam kita berhati-hati ada juga kesilapannya. Terima sajalah. Saya hendak buat macam mana lagi kalau orang hendak salahkan saya dan Teuku Zacky sebagai pelakon. Terima sajalah apa orang hendak cakap. Sekurang-kurangnya rasa kecewa itu boleh diatasi sebab dari awal lagi saya sudah dapat agak yang filem ini tak boleh pergi jauh. Hendak buat macam mana lagi. Pisang berbuah dua kali juga. Sepatutnya bila filem hendak keluar promosinya kena tiga atau empat bulan awal. Taklah jadi macam ini.

Apakah nama Fazura sebagai pelakon akan terjejas teruk?

Memang kesannya ada. Saya pula memang sudah selalu kena. Masa filem Qaisy dan Laila dulu pun macam itu juga. Orang salahkan saya dan Jehan sebagai pelakon baru. Tak apalah, mungkin masa itu memang benar sebab kami masih baru. Tetapi yang ini pun salah kami juga ke? Sekali lagi saya cakap, saya tak salahkan penerbit langsung. Tetapi pihak lain yang perlu bertanggungjawab. Semualah. Jangan letakkan kesalahan kepada pelakon saja. Mana adilnya? Kalau filem bagus tak dapat sambutan baik fikirlah pasal faktor lain juga. Jangan asyik salahkan pelakon saja. Saya sangat hati-hati kalau pilih filem. Skrip yang betul-betul berhati-hati. Siapa tak kecewa hasilnya jadi macam ini. Sebabnya lain, kita disalahkan. Rasa sedihlah.

Bila hendak balik Malaysia?

Entahlah. Tak hendak fikir dulu. Nanti saya baliklah, bila sampai masanya nanti. Memang kecewa, tetapi saya tak ambil negatif. Selalu saja ada ujian untuk saya. Saya terima. Tetapi tidak adillah kalau salahkan pelakon saja. Sebab itu saya kesal dan kecewa. Tak jadi filem, orang salahkan kita. Kita dipersalahkan. Orang tak fikir penerbit, pengarah, pihak promosi tetapi pelakon saja yang kena. Kalau tanya Teuku Zacky mereka akan cakap macam itu juga.

Serik hendak berlakon filem lagi?

Memang kalau ikutkan hati, seriklah juga. Tetapi benda sudah jadi. Kerja kena buat juga. Saya tak ada buat benda bodoh, tinggalkan dunia lakonan hanya sebab benda ini semua. Cuma buat masa sekarang hendak rehat sekejap. Bila fikiran sudah tenang, saya okey semula, saya balik ke Kuala Lumpur semula. Larikan diri sebab kecewa. Dah malas hendak buat filem bila asyik kena macam ini. Kita pula yang sibuk pasal filem. Orang lain macam tak endah saja. Nama kita yang terjejas. Saya tak salahkan produser, tetapi di bahagian promosi. Mereka kena belajar semua ini. Janganlah bila benda tak jalan, hendak salahkan pelakon pula sedangkan pihak lain yang buat kerja tak betul.

http://www.utusan.com.my/

Fazura si gadis kampung?

28 Aug

PEMINAT hos MTV Jus, Nur Fazura Sharifuddin, yang juga meminati filem fantasi harus mengucapkan terima kasih kepada pengarah Malaysia, Raja Ahmad Alauddin.

Beliau memilih Fazura untuk mendukung satu daripada watak utama dalam filem terbarunya, Kayangan.

Kayangan turut dijayakan Teuku Zacky Azwar, Dynaz Mokhtar dan Opie Zaimi. Filem itu mengisahkan percintaan antara seorang putera raja dengan gadis kampung.

Watak gadis kampung yang bernama Maseira itu didukung oleh Fazura. Pastinya mendukung watak itu sesuatu yang mencabar kerana Fazura dikenali sebagai ‘party girl’, gadis bandar yang suka berpesta dan menghiburkan diri di kelab malam, seperti remaja seusianya yang lain.

Akan tetapi, menurut satu laporan di NST online, persembahan semua pelakon dalam filem ini memuaskan, walaupun tiada pelakon bertaraf bintang antara mereka.

Hmmmm… Moga-moga filem ini sampai ke pawagam di pulau kita. Kalau tidak, terpaksa membeli VCD-nya sahaja.

http://cyberita.asia1.com.sg/

Fazura serah gaun koyak dan kasut sebagai bukti

1 Jun

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini diberitahu, pelakon Fazura menyerahkan gaun pendek yang koyak di bahagian dada dan kasut tumit tinggi yang dipakainya ketika bergaduh dengan seorang suri rumah di sebuah kelab di sini, dua tahun lalu, kepada polis bagi membantu siasatan.

Pegawai Penyiasat kes, Ketua Inspektor Mohamed Mohd Jais, 36 tahun, berkata Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 24 tahun, menyerahkan dua bahan bukti itu ketika hadir ke pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan.

Inspektor Mohamed berkata mengikut perbualan yang dirakamkan daripada Fazura, gaun berwarna hitam tanpa lengan yang dipakainya pada malam kejadian, koyak di bahagian dada ditarik suri rumah itu, Cik Geraldine Mariana Wong, 32 tahun, ketika mereka bergaduh.

‘Fazura juga menyerahkan kasut yang digunakannya untuk memukul Geraldine dan mendakwa pergaduhan itu berpunca daripada mangsa yang membangkitkan kemarahannya dengan bercakap perkara yang tidak betul dan buruk mengenai dirinya.

‘Fazura mendakwa, Geraldine yang duduk bersama rakannya beberapa kali memandang ke arahnya menyebabkan dia bersemuka dengan mangsa dan bertanya sama ada beliau mempunyai masalah dengannya.

‘Bagaimanapun pertengkaran tercetus selepas Geraldine berkata: ‘Tiada apa, cuma awak cantik! Tapi jika sayangkan teman lelaki awak, mengapa dia menggoda saya?’ sambil memanggil teman lelaki Fazura datang ke arah mereka,’ katanya.

Siasatannya mendapati berlaku pertikaman lidah antara Fazura dengan Cik Geraldine sebelum mereka dileraikan.

Fazura bagaimanapun kembali menghampiri mangsa dan memukulnya dengan kasut.

Perbicaraan bersambung 4 Jun ini. – BHM.

http://cyberita.asia1.com.sg/

Gol & Gincu musim kedua

6 Mar

Oleh
Freda

PEMINAT drama bersiri Gol & Gincu yang semakin tertarik hati menonton drama ini di saluran Suria setiap Selasa pastinya tidak sabar menantikan sambungannya.

Gol & Gincu terbitan Red Communications ini dibintangi oleh aktres Fazura, Rafidah Abdullah, Pierre Andre, Ashraf Sinclair dan pengacara Sazzy Falak.

Freda difahamkam, bukan sahaja golongan remaja yang minat menontonnya. Ramai juga penonton dewasa yang turut menontonnya setiap Selasa.

Menurut ketua penulis skrip drama popular ini, Rafidah Abdullah:

‘Memang drama sebanyak 13 episod ini akan disambung dengan musim kedua kami yang akan memulakan penggambarannya pada bulan ini dan kami akan kekalkan pelakon-pelakon yang sama juga melainkan Kartini yang berada di luar negara untuk menyambung pengajiannya di sana.’

Freda diberitahu ramai juga penonton Singapura yang memberikan maklum balas positif menerusi blog untuk drama ini meminta agar drama ini diterbitkan untuk musim kedua pula.Tambah Rafidah minggu lepas:

‘Isu-isu sosial yang kami paparkan akan dikembangkan untuk musim kedua nanti kerana kami mempunyai beberapa penulis skrip untuk musim kedua juga.’

Freda: Jurucakap Suria memberitahu Freda bahawa musim kedua drama bersiri Gol & Gincu ini akan turut ditayangkan nanti.

http://cyberita.asia1.com.sg/

Tolak tepi gosip dengan Hady

30 Jan

PELAKON serta pengacara rancangan MTV Jus, Fazura, lebih selesa membiarkan pihak media mahupun peminat membuat andaian mereka sendiri ketika ditanya mengenai gosip hubungan beliau bersama pemenang Singapore Idol, Hady Mirza.

Sebelum ini, ada peminat Fazura mendakwa pernah melihat Hady Mirza menghantar Fazura di Lapangan Terbang Changi.

Ketika dihubungi minggu lepas untuk mendapatkan kepastian daripada mulut Fazura sendiri, Fazura hanya mampu menjawab: ‘Saya tidak akan kata ya atau tidak mengenai gosip itu.’

Meskipun gadis tersebut cuba mengelak ketika diasak pertanyaan mengenai gosip tersebut, beliau sempat memberitahu Freda:

‘Biarlah kisah peribadi saya menjadi rahsia saya Freda. Inilah yang tak dapat saya kongsi bersama dengan orang lain.’

Fazura yang turut terlibat untuk musim kedua drama bersiri Gol & Gincu terbitan Red Communications ini telah pun tamat menjalani penggambaran drama-drama berjudul Datin Diari dan Kasih Suci, baru-baru ini.

Freda: Dengar-dengar Fazura berusaha merealisasikan impiannya menjadi penyanyi juga seperti rakan baiknya, pengacara Cheryl Samad.

http://cyberita.asia1.com.sg/

‘They’re madly in love

6 Jan

Hady Mirza and M’sian actress-host said to be an item. Source says:
‘They’re madly in love
By Jeanmarie Tan

January 06, 2007

A SPECIAL someone has given Hady Mirza his wings.

The 26-year-old Singapore Idol 2 winner, who has consistently stressed that he’s unattached to concentrate on his career, reportedly has a new woman in his life.

She is none other than Malaysian actress-host Nur Fazura Sharifuddin, 23. Three separate sources confirmed to The New Paper that the two are dating.

According to them, Hady and Fazura met at the MTV Hip Hop Party at the Ministry Of Sound club on 30 Nov and exchanged numbers.

One source said: ‘He’s very much into her. They are madly in love and they talk practically every day on the phone.’

Since then, the couple have been seen around town together. Hady was even spotted sending her off at the airport two weeks ago, wearing a ski cap in a vain attempt to prevent detection.

Fazura commutes regularly between Kuala Lumpur, where she’s based, and Singapore, where she films her show MTV Jus.

The up-and-coming starlet, who won the Most Promising Actress Award at last year’s 17th Malaysia Film Festival, shot to fame in the 2005 football film Gol & Gincu, and can be seen on its TV sitcom spin-off of the same name now airing on Suria.

Hady recently ended his two-year relationship with ex-girlfriend Nur Farhana, a 2003 The New Paper New Face finalist, to pursue Fazura.

Now, things between the former lovers are ‘not on a very comfortable level’, said the 22-year-old model.

Farhana told The New Paper: ‘Our relationship was still going well, but he changed after Idol. Somebody saw (Hady and Fazura) together and told me about it, and I’ve heard things in the industry.

‘But I’m not sure if he would find someone else that soon, because he’s at the peak of his career. But if they’re really dating, then good for them.’

However, the rumoured lovebirds are keeping their lips sealed.

An MTV Asia spokesman said that Fazura is ‘currently travelling’, but she managed to reply via SMS: ‘While I am pretty open about my life and work, I really hope to keep my personal life private. I would rather not comment on speculations…’

When contacted, Hady claimed he heard ‘the same rumour going around’, but would only confirm that they ‘met through friends’ at the MTV Hip Hop party and ‘that’s about it’.

On Fazura, he said coolly: ‘She’s not bad. She’s not based here, so I don’t really see her.’

On the possibility of them being an item, he replied: ‘I’m not sure… I haven’t thought about that.’

Hady declined to comment on his break-up with Farhana because ‘it’s a bit too personal’.

But he insisted that ‘relationships are too far off at the moment’ because he’s too busy focusing on the repackaging of his self-titled debut album, which will be in stores at the end of the month.

http://newpaper.asia1.com.sg/

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.