KUALA LUMPUR 26 Jan. – Penerbit akhbar tabloid Mingguan Warta Perdana dan seorang wartawannya yang disaman fitnah oleh Nur Fazura Sharifuddin, menafikan bahawa artikel yang disiarkan oleh akhbar itu adalah satu rekaan yang berniat untuk menjatuhkan imej dan memalukan pelakon tersebut.
Sebaliknya, Perdana Production House Sdn. Bhd. (PPH) dan Haslinda Hashim selaku defendan pertama dan kedua mendakwa bahawa kenyataan dalam artikel itu adalah benar, tulen dan ikhlas.
Mereka juga mendakwa bahawa artikel itu bukan secara langsung menyatakan dan memberi gambaran yang Nur Fazura telah membuat pengakuan dalam satu kes jenayah yang dihadapinya.
Defendan kedua menyatakan, dia telah menemuramah pelakon itu pada hujung Mei tahun lalu berhubung kes pergaduhan di sebuah kelab di ibu negara ekoran cadangan editornya.
Berikutan itu, Haslinda mendakwa bahawa perbualannya dengan Nur Fazura melalui telefon seperti yang dinyatakan adalah benar, hakiki dan mempunyai alasan yang kuat.
“Tidak ada gambaran bahawa plaintif telah mengaku salah sebelum dibicarakan. Yang penting, plaintif menerima hakikat jika ia didapati salah oleh mahkamah,” menurut defendan kedua.
Defendan-defendan menyatakan demikian dalam pernyataan pembelaan mereka yang difailkan pada 17 Oktober tahun lalu.
Pernyataan pembelaan itu diperoleh oleh wartawan selepas pengurusan kes saman tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Malik Ishak di kamar beliau di sini hari ini.
Hakim tersebut menetapkan 31 Mei ini untuk sebutan semula kes berkenaan.
Pada 30 Ogos tahun lalu, Nur Fazura, 22, menyaman PPH dan Haslinda bagi menuntut ganti rugi RM500,000 kerana didakwa memfitnahnya menerusi satu artikel di akhbar itu yang secara tidak langsung menyatakan bahawa pelakon itu mengaku mencederakan seorang suri rumah.
Selain ganti rugi am RM500,000, Nur Fazura menuntut defendan-defendan memohon maaf secara terbuka kepadanya.
Pada 9 Mei tahun lalu, Nur Fazura mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendatangkan cedera terhadap seorang suri rumah di sebuah pusat hiburan pada awal pagi 19 Disember 2004 dan akan dibicarakan pada April ini.
dah kaki disko takkan tak minum arak. . . nak bohong orang yang tak penah ke disko leh ler…
so what?
let she do everythn she wants la kn…
hei..yg sibuk2 nk kritik org ni…diri tu dhperfect sgt ker?uh…psiko!!!anip…for ur information,u can say whatever u want to please urself..nobody perfect okay?u tu takkan xpenah buat dosa kot?yg kutuk2 org ni…cam dah perfect sgt!! sedar diri oit!
fazura,,u naughty cane pun i still suka u
fazuraaaaaaaa ahh ahh cret cret
aaaaaahhhhhhh fazura…
Come on guys!!!!!! DNT BE FICKLED MINDED!!!!
MOVE ON. SHEZ HUMAN TOO. GIVE HER THE FREEDOM TO LEAD HER OWN LIFE.
minat sgt dgn kak fazura…..
cantik,
cute…
sweet jer……
when u smile,ayu sehhhh
teruskan perjuangan dlm bidang seni,…..
i’ll support u sis…
JUST BECAUSE SHES A FUCKING CELEB YOU HAVE TO ATTACK HER WITH THIS SHIT. IF THIS IS THE WAY MALAYSIA’S GNNA BE, SCREW IT. I’M NOT AFRAID TO SAY I’D PREFER SPORE ANYTIME MAN! AND PLEASE FUCK YRSELVES LA OK! FAZURA’S HUMAN, AND SHE HAS A LIFE! HER OWN LIFE, MIND YOU. SO QUIT BUGGING HER. SHE HAS THE RIGHT TO DRINK OR DANCE OR GO OUT! ITS NONE OF YR BIZ!
alah ingat diri tu baik sangat ke aku baru tengok video ko buat pojek ngan mat salih.aku ingat baik la sangat sbab slalu belakon jadi pempuan rupenye tipah tertipu.ingat2 la bertaubat
itu bukan Fazura le pelanduk 2 serupa le………
mas let her lead her own life.k
let bygones be bygones k. she already move on with her life n u ppl gonna lingers on to the actually HER past. Let it go k.
naper pompuan cantik kebanyakkannya perangai macam setan?
bawa besabo ye fazura……
I percaya pada Fazura……………………..
kalau dah kata katakan ya saja le…..jangan nak dapat duit mudah…………