Samarinda Inspirion satukan perasaan Eizlan & Fazura

19 Aug

Oleh Zubir Mohd Yunus
19/9/2005

KONFLIK cinta tiga segi, perebutan kuasa dan nilai kasih sayang menjadi tema siri Samarinda terbaru di TV3, Inspirion, terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd

INSPIRION, arahan Rashid Sibir kini mula meledak di kaca TV3 setiap Selasa, Rabu dan Khamis, mulai jam 10.30 malam. Inspirion juga turut memperlihatkan kehadiran pertama kali bintang remaja jelita, Nur Fazura (Faz) ke pentas drama TV selepas menjayakan beberapa filem sebelum ini.

Kedengaran desas-desus yang dia tidak mahu berlakon drama kerana ingin memberi perhatian kepada filem saja. Ekoran itu, ada beberapa pihak yang terasa hati dengannya apabila beranggapan dia memandang rendah kepada pelakon drama TV.

“Saya dapat tawaran Inspirion selepas menjayakan penggambaran filem Gol & Gincu. Benar, sebelum ini saya tak nak berlakon drama sebab nak habiskan dulu filem yang masih belum ditayangkan.

Tahun ini saja, saya ada tiga filem iaitu Qaisy & Laila, Gol & Gincu dan Senario XX. Biarlah semua filem itu ditayangkan dulu dan saya nak tengok reaksi penonton.

“Apabila kesemua filem berkenaan sudah menemui penonton, barulah perlahan-lahan saya melangkah ke drama. Sepanjang pengetahuan saya, saya tak pernah buat kenyataan, saya tak nak berlakon drama. Janganlah putar belit kenyataan saya semata-mata untuk dijadikan modal untuk tujuan negatif,” ujar Faz.

Bercakap mengenai Inspirion, Faz berkata, menerusi drama berkenaan, dia tidak diarahkan untuk berlakon, sebaliknya diberi kebebasan untuk membawakan watak Azie dengan caranya tersendiri. Menerusi drama ini juga, Faz turut berlakon dengan Fasha Sandha. Umum mengetahui, antara Faz dan Fasha, hubungan mereka agak dingin disebabkan beberapa perkara dan kini mereka perlu berlakon sama.

Apa komen Faz?

“Memang ada babak yang membabitkan saya dan Fasha, tapi di pihak saya, OK saja. Apabila bekerja, saya perlu menampilkan sikap profesional,” katanya yang tidak mahu lagi bercakap mengenai kontroversi.

Sementara itu, Eizlan dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Pena Creative, sekali gus dia berpeluang menjayakan banyak drama terbitan produksi berkenaan.

“Inspirion adalah drama ketiga saya bersama Pena Creative. Walaupun saya sebagai Penerbit Eksekutif dalam Pena Creative, saya tetap melalui proses pemilihan watak dari pihak pengurusan tertinggi Pena Creative, umpamanya memperoleh lampu hijau dari Ziela (Jalil).

“Pena Creative dah banyak menerbitkan drama, kalau tak silap saya, lebih 40 drama. Tapi, saya hanya terbabit sebagai pelakon untuk tiga drama saja iaitu Inspirion, Bunga Terakhir dan Saksi Terakhir. Bunga Terakhir dan Saksi Terakhir, skripnya dihasilkan oleh saya sendiri,” terangnya.

Selain itu, timbul desas-desus Eizlan berkawan rapat dengan bosnya sendiri, Ziela sehingga menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak.

Apa komen Eizlan?

“Saya rapat dengan Ziela as a family friend. Tapi. apabila kami bekerja, di set penggambaran, Ziela seorang bos yang tegas dan terlalu mementingkan kualiti,” jelas Eizlan.

Eizlan berharap penonton dapat menerima Inspirion kerana ia menampilkan karektor dan jalan cerita yang amat menarik.

“Tarikan utamanya pada jalan cerita dan adegan romantiknya. Pastinya golongan remaja tidak mahu melepaskan peluang menonton Inspirion,” katanya.

INFO FAZURA
1- Nur Fazura Sharifuddin, 22, dilahirkan pada 27 September 1983 di Pekan, Pahang.
2- Anak ketiga dari empat beradik ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Datuk Mahmud Mat, Pekan.
3- Iklan TV pertama yang dijayakannya ialah Kalsio Sweets pada 2001 dan hanya untuk pasaran Indonesia saja. Komersial TV lain ialah Pantene, sekali gus menjadikan Fazura semakin popular dan menjadi perhatian ramai penerbit TV dan filem.
4- Dia juga pernah dikenali sebagai pengacara apabila diminta mengacarakan sebuah rancangan berbahasa Inggeris, Teensworld, terbitan KRU Berhad.
5- Fazura mula melangkah ke dunia perfileman apabila dia ditawarkan berlakon dalam Bicara Hati, arahan Datin Rosnani Jamil. Bermodalkan filem berkenaan, Fazura seterusnya dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17).
6- Filem seterusnya ialah Qaisy & Laila, Senario XX, Gol & Gincu dan watak kecil dalam Buli Balik. Drama bersiri pertama lakonan Fazura ialah Inspirion dan kini baru saja selesai membintangi telemovie, Tikar Buruk arahan Rashid Sibir yang akan disiarkan menerusi Astro Ria sedikit masa lagi.

INFO EIZLAN
1- Eizlan Yusof, 34, dilahirkan pada 14 Julai 1971 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
2- Anak kedua dari lima beradik ini berjaya memperoleh Diploma Pengurusan Perniagaan dari Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik dari Federal Institute of Technology (FIT).
3- Pertama kali berlakon iklan TV ketika berusia 15 tahun iaitu Yeo’s. Bakatnya disedari Yasmin Yusoff menerusi syarikatnya, Image CE. Eizlan sudah menjayakan lebih 100 iklan TV, antaranya ialah Nescafe, Nokia, Hong Kong Bank dan Salem.
4- Sudah membintangi lebih 30 drama TV, antaranya ialah Yang Rapuh (drama pertama), Jaguh-Jaguh dan terbaru, Inspirion.
5- Orang pertama yang memperkenalkan Eizlan ke layar perak ialah Julie Dahlan menerusi JD Productions. Dia mula berlakon filem iaitu Kad Cinta bersama Nasha Aziz pada 24 Oktober 1994. Ketika itu Nasha juga pertama kali berlakon filem.
6- Menerusi filem Panas, Eizlan pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik kategori filem pada Anugerah Skrin TV3. Manakala filem Perempuan Melayu Terakhir mengangkat nama Eizlan sebagai Pelakon Harapan Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14). Filem lain lakonan Eizlan ialah Black Maria dan Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM).

http://www.bharian.com.my/

One Response to “Samarinda Inspirion satukan perasaan Eizlan & Fazura”

  1. yeng July 8, 2007 at 6:39 am #

    hai faz,
    how are u? so glad can write an email 4 u. long time no see each other. now yeng have 2 kids 1 boy 1 girl. miss u alot. work as a goverment staff as a arhitec. so i have 2 go now. hopefully u will read my message n can reply it. bye take care n love u. yeng…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: