“Kami hanya mahu pertahankan hak”

20 Feb

Oleh Zubir Mohd Yunus

20faz1.jpg
FAZURA (kiri) bersama Sofia bertemu media,
baru-baru ini.

KONTROVERSI datang lagi dalam hidup pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin atau Faz, 22. Menerusi laporan akhbar terbitan 12 Februari lalu, dua pelakon wanita berusia 21 dan 22 tahun diperiksa termasuk menjalani ujian air kencing dalam serbuan polis ke sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur. Pelakon yang dimaksudkan, Faz dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap wakil media dan cuba menolak kamera seorang jurugambar stesen TV. Justeru, Fazura mendakwa laporan berkenaan sebagai fitnah dan bertujuan memburukkan namanya. Jom Semuka bersama Faz

20faz2.jpg

“LAPORAN akhbar baru-baru ini mendakwa dua artis dicekup polis dalam keadaan mabuk, memaki hamun jurugambar, menolak kamera, berkelakuan kasar terhadap seorang jurugambar yang cuba merakamkan gambar kami.

Apa yang berlaku sebenarnya pada pagi Sabtu (11 Februari) itu, saya dan Sofia (Sharifah Sofia Syed Hussein) keluar untuk bertemu dengan seorang kawan lama kami yang akan meninggalkan negara ini untuk melanjutkan pelajarannya selama dua tahun.

Akhirnya kami membuat keputusan untuk bertemu di Bar Blonde, Jalan Doraisamy. Yang pasti, tempat itu bukannya disko, tapi bistro. Kami tiba di sana kira-kira jam 3.45 pagi.

Selepas berada di Bar Blonde untuk 10 hingga 15 minit, polis pun masuk buat serbuan.

Saya dan Sofia membuat kesilapan kerana meninggalkan kad pengenalan (IC) di rumah. Polis minta IC, kami cakaplah tak bawa.

Polis kata tak apa, tapi dapatkan seseorang untuk bawa IC kami ke sini (Bar Blonde). Kami menunggu selama dua jam sementara IC kami dibawa ke Bar Blonde.

Dalam jangka masa dua jam berkenaan, di situ ada jurugambar bersama kameranya. Pada mulanya dia (jurugambar) mengambil gambar semua orang yang berada di dalam Bar Blonde. Tapi, selepas itu jurukamera berkenaan mengekori kami selama dua jam untuk merakamkan muka kami saja!

Dia fokus tepat ke arah muka kami. Apabila masuk kali ketiga dia terus memfokus ke arah muka kami, saya cakap pada jurugambar itu, janganlah buat macam ini. Nak ambil gambar, ambillah semua sekali. Dia pun beredar. Tapi, untuk kali keempat ketika kami sedang mengisi borang apabila IC dah sampai, kamera lagi sekali betul-betul di hadapan muka saya.

Pastinya saya marah! Saya anggap ia sudah keterlaluan kerana saya sudah memberitahu jurukamera berkenaan sejak awal lagi, jangan ambil gambar kami saja. Saya tutup kamera itu (dari jauh), saya kata cukup. Seterusnya kami buat ujian air kencing, keputusannya negatif, bebas dari dadah dan polis suruh kami pergi dari situ.

Terima kasih kepada pihak polis kerana bertindak secara profesional dan memberi kerjasama yang baik kepada kami. Keesokannya pula keluarlah laporan akhbar seperti yang saya katakan di awal tadi.

Laporan berkenaan adalah satu fitnah. Kami tidak mabuk, tidak berkelakuan kasar terhadap jurukamera, tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurukamera berkenaan dan saya tidak menolak kamera kerana cuba merakamkan gambar kami.

Tuduhan berkenaan sama sekali tidak benar. Fitnah berkenaan berunsur untuk mengaibkan saya.

Keadaan ini sekali gus mengakibatkan tekanan kepada saya. Saya terluka…

Ia bukan saja membabitkan diri saya seorang diri, sebaliknya ibu dan seluruh anggota keluarga saya tak boleh tidur malam mengenangkan perkara ini.

Air muka keluarga kami tercemar kerana fitnah ini (menangis). Jadi, saya bersama Sofia membuat laporan polis untuk menafikan apa yang diperkatakan oleh laporan akhbar berkenaan.

Kami mahu mempertahankan hak kami bahawa perkara yang dilaporkan itu, sama sekali tidak benar.

Apa yang boleh saya katakan di sini, apa yang berlaku seolah-olah ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kehadiran saya dalam dunia hiburan ini.

Saya hanya membuat laporan polis untuk mempertahankan diri saya dan Sofia, namun saya tak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan mahkamah ke atas pihak yang menulis laporan berkenaan. Saya dan Sofia amat menghargai jika ada pihak yang berani tampil ke depan memohon maaf di atas laporan mereka, tapi saya tidak meminta.

Saya harap jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya, tampillah ke depan dan saya ingin bersemuka dengan mereka.

Permintaan saya, just leave me alone…

Berilah saya peluang untuk meneruskan kehidupan ini.

Namun, saya tetap meneruskan tanggungjawab saya selepas ini apabila pihak Berita Harian mengundang saya sebagai penyampai anugerah pada malam gala Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 (ABPBH05) di Genting Highlands, 26 Februari ini.”

Nur Fazura Sharifuddin, 22, atau Faz dilahirkan pada 27 September 1983 di Pekan, Pahang.

Gadis berbintang Libra ini adalah anak ketiga dari empat beradik. Dia mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Datuk Mahmud Mat, Pekan.

Faz menceburi bidang seni sebagai model komersial TV sejak berusia 17 tahun lagi.

Antara iklan yang pernah dijayakannya ialah Pantene dan Kalsio Sweets.

Filem pertama lakonan Faz ialah Bicara Hati, diikuti Qaisy & Laila, Senario XX dan terbaru, Gol & Gincu.

Pernah dilabel tidak mahu berlakon drama TV, dia akhirnya membuktikan bakatnya terus cemerlang menerusi drama Inspirion, Tikar Buruk dan Dalam Hati Ada Cinta 4, kesemuanya arahan pengarah Rashid Sibir.

http://www.emedia.com.my/
20/02/2006

One Response to ““Kami hanya mahu pertahankan hak””

  1. sarket_ February 15, 2008 at 4:33 am #

    actually aku ttp suka kat Fazura even da byk kontreversi minah ni..
    aku tau dia nih byk org dengki..
    aku ttp suker dier!!!!!
    dier nih x hiprokrik!!!
    mcm some1 artis ni..
    blagak jer sopan..
    deman lebeh..
    huhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: