Fazura-Fasha ‘Ratu Kampung’

4 Jul

04-07-2006 02:15:22 PM
Radin Sri Ghazali

fazura.jpg
Fazura dan Fasha kini bersetuju untuk menyertai ‘Ratu Kampung’
(The Star)

Ratu Kampung adalah satu judul yang unik bagi sebuah filem Melayu. Menurut penerbit eksekutif Yong Rahimah atau lebih mesra sebagai Kak Yong, beliau tidak gusar menamakan filem pertama syarikat D’Julang Pictures sebagai ‘Ratu Kampung’.

“Unik, kan? Belum ada filem di Malaysia yang menggunakan judul ini. Malah, ianya merupakan satu kisah benar mengenai sesetengah golongan wanita di dalam masyarakat kita,” kata Kak Yong yang pernah melibatkan diri dalam pembikinan filem box-office seperti ‘Selubung’ dan ‘Mira Edora’.

Skrip Ratu Kampung yang ditulis dan akan diterbitkan oleh pelakon Ridani Abdul Ghani mengisahkan tiga orang rakan karib iaitu Joyah, Timah dan Kiah yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke bandar demi mengejar cita-cita mereka untuk menjadi artis popular.

Setelah bermastautin di bandar, ketiga-tiga sahabat tersebut terpaksa mengharungi pelbagai onak duri di dalam dunia seni yang penuh glamor dan cabaran dan mereka juga dapat menyelami erti sebenar sebuah cinta.

“Kisah ini memang pernah terjadi di kalangan wanita di mana ada yang sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menjadi artis.

Malah, ada juga sesetengah artis menggunakan teman lelaki mereka yang kaya raya untuk menaja produksi drama mereka,” ujar Kak Yong mengenai realiti kehidupan yang ingin dipaparkan didalam filem yang akan menelan belanja sebanyak RM1.5 juta itu.

Filem yang bakal memulakan penggambaran pada bulan Oktober ini di Pahang akan membariskan pelakon popular tanahair seperti Fasha Sandra, Nur Fazura, Hairie Othman dan Saiful Apek.

“Kami masih menunggu keputusan daripada Rita Rudaini untuk memainkan watak Timah. Manakala Fazura dan Fasha sudah pun bersetuju untuk memegang watak Joyah dan Kiah,” jelas Kak Yong lagi.

Afdlin Shauki pula diberi mandat untuk mengarah filem yang berunsur komedi dan cinta itu.

“Kami akan membuat sesi brainstorming bersamanya sejurus selepas pembikinan Sumo-Lah,” jelas Kak Yong mengenai pembabitan pengarah kreatif Afdlin Shauki.

Tidak gusar dengan kehadiran barisan pelakon yang ‘bermasalah’

Bagi Kak Yong, tindakan mengambil pelakon seperti Fasha Sandra, Nur Fazura, Hairie Othman serta Saiful Apek yang seringkali menjadi sasaran gosip kerana masalah disiplin, bakal menjadi cabaran bagi pasukan produksinya.

“Saya selalu mendengar gosip dan desas-desus mengenai perangai mereka namun saya tidak menghiraukannya,” ujar penerbit yang berusia 41 tahun itu.

“Saya pernah berkata kepada Hairie yang saya ingin beliau mengubah penampilannya dan Hairie bersetuju,” ujar Kak Yong mengenai pelakon tampan Hairie Othman yang terkenal dengan sikap degilnya kerana enggan mengubah imejnya di lokasi penggambaran.

“Apa-apa pun khabar angin mengenai Apek, dialah salah satu daya penarik untuk menarik penonton ke panggung wayang,” ujar Kak Yong lagi mengenai pelawak tersohor negara yang merupakan salah seorang tunggak lelaki utama dalam filem ‘Ratu Kampung’.

Radja sebagai pelakon

D’Julang Pictures turut menampilkan buat pertama kalinya kumpulan rock popular dari Indonesia, Radja sebagai pelakon.

“Radja tidak membawa watak cameo tetapi adalah antara pelakon utama dalam filem ini,” ujar Kak Yong mengenai salah satu keunikan filem ‘Ratu Kampung’ berbanding dengan filem yang lain.

Pemilihan Radja adalah berdasarkan penggunaan lagu yang dianggap relevan kepada jalan cerita filem ‘Ratu Kampung’ seperti ‘Jujur’ , ‘Cinderella’ dan ‘Takkan Melupakanmu’ yang bakal digunakan sebagai soundtrack kepada filem tersebut.

Malah, Radja akan merakamkan sebuah lagu baru untuk dijadikan tema untuk ‘Ratu Kampung’.

Vokalis utama Radja, Ian akan memegang watak seorang hartawan muda dari Indonesia yang mempunyai konflik kerjaya di antara perniagaan keluarganya dan bidang muzik.

“Semasa konsert Radja di Malaysia baru-baru ini, kami sempat meluangkan masa bersama mereka. Kumpulan Radja sendiri begitu teruja dengan produksi ‘Ratu Kampung’ dan tidak sabar untuk memulakan penggambaran,” jelas Kak Yong.

Malah, Kak Yong turut mengakui bahawa penampilan kumpulan tersebut diharap dapat membantu ‘Ratu Kampung’ menembusi pasaran filem Indonesia.

‘Ratu Kampung’ juga akan menampilkan beberapa nama besar dalam industri hiburan tanahair sebagai artis undangan seperti Aziz Sattar, Datuk Rahim Razali, Yusni Jaafar, Zahida Rafiq dan ramai lagi.

http://mstar.com.my/

2 Responses to “Fazura-Fasha ‘Ratu Kampung’”

  1. syafiqah January 2, 2007 at 12:18 pm #

    hi fazura i am a 11 yrs old tomboy girl from singapore and i am a big fan of u. thanx for the show of gol and gincu the series that is now on suria

  2. wan September 10, 2007 at 2:58 am #

    hey,hope u’ll be my friend…i’m ure big fan too n i from S.M.K. Convent b’worth…FORM 1 of course….i love u………………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: