Fazura si gadis kampung?

28 Aug

PEMINAT hos MTV Jus, Nur Fazura Sharifuddin, yang juga meminati filem fantasi harus mengucapkan terima kasih kepada pengarah Malaysia, Raja Ahmad Alauddin.

Beliau memilih Fazura untuk mendukung satu daripada watak utama dalam filem terbarunya, Kayangan.

Kayangan turut dijayakan Teuku Zacky Azwar, Dynaz Mokhtar dan Opie Zaimi. Filem itu mengisahkan percintaan antara seorang putera raja dengan gadis kampung.

Watak gadis kampung yang bernama Maseira itu didukung oleh Fazura. Pastinya mendukung watak itu sesuatu yang mencabar kerana Fazura dikenali sebagai ‘party girl’, gadis bandar yang suka berpesta dan menghiburkan diri di kelab malam, seperti remaja seusianya yang lain.

Akan tetapi, menurut satu laporan di NST online, persembahan semua pelakon dalam filem ini memuaskan, walaupun tiada pelakon bertaraf bintang antara mereka.

Hmmmm… Moga-moga filem ini sampai ke pawagam di pulau kita. Kalau tidak, terpaksa membeli VCD-nya sahaja.

http://cyberita.asia1.com.sg/

11 Responses to “Fazura si gadis kampung?”

  1. memey fazura August 31, 2007 at 12:13 pm #

    yeah i dah tengok this film pada hari pertama keluar bcoz i am fazura’s big big fan.pukul 9 i dah sampai one utama and sanggup ponteng sekolah hanya semata2 nak tengok favourite artis i (fazura).hahaha.watak gadis kampung yg fazura bawak tu mmg nampak real.lebih lebih lagi part yg fazura ‘speaking x jadi tu’.hahaha.better sangat2.she’s very optimist.lama jugak i tunggu bile lah film fazura keluar.finally,kayangan.salah satu film fazura yg i rasa paling baik yang pernah i tonton!!love fazura 4 ever

  2. shahzeroul August 31, 2007 at 3:48 pm #

    kayangan is not the best malay movie..tapi lakonan fazura mmg berkesan. dia berlakon memang menjadi..tapi i luv her so much in gol & gincu..nampak menjadi dan seswai sangat dgn karekternyer yg cute..hopefully,fazura akn berjaya dengan hendaknya..dlm apa jua karier yg diceburi..adore she’s since Bicara Hati..

  3. yginsaf September 3, 2007 at 12:59 pm #

    me tumpang lalu je bolehkan sis ..

  4. Dr zax September 8, 2007 at 8:11 pm #

    Hi Fazura

    I teruja dgn filem lakonan u. Hebat danfantastic. Tahniah Fazura. Please give me your hp number, I’ll contact you immediately, bye and good luck fazura

    Dr Zax Damansara Mutiara

  5. Dr zax September 8, 2007 at 8:13 pm #

    Fazura
    my email
    zax_900@hotmail.com

    Bye

    Dr Zax

  6. kazz December 22, 2007 at 5:51 pm #

    aper nyer sengal ar korang,
    bagi email lar, love you lar,
    adus mereng ker aper???
    berlambak lagi budak kampung cantik lagi.
    si fazura yang rosak akhlak ni pun korang nak?
    elok ar tuh.. sama ngan korang, rosak akhlak gak. baghal…

  7. Spoogebob February 18, 2008 at 3:52 pm #

    Gadis kampung? Kampung tu mcm perkataan yang kureng enak didengar. Teruk sangat ka org kg? hahaha.. Mai raya puasa sapa la yang duduk kat KL tu?

  8. "tolleng" February 24, 2008 at 6:10 am #

    kampung kat lakonan drama, naik punggung dlm lakonan “asmara”….ooops tak sengaja!!!!….heheheh..
    eheleh nak cover konon…

  9. sayale February 28, 2008 at 2:20 am #

    buang yang keroh ambil yang jernih

  10. sayale February 28, 2008 at 2:22 am #

    peduli cakap diaorang fazura..hidup fazura

  11. ferreira August 31, 2008 at 5:29 pm #

    Aku tgk dah kayangan ni, Cite yang best. percubaan Fazura sebagai gadis kampung dari kuala pilah ni ckp memuaskan. Lupakan watak sebenar fazura di luar filem. Kita tak boleh nak judge org yg cuma kte dgr kisah dia dlm paper n mulut org laen. Bukan nak suruh korang amik dia jadi role model, cuma kagumi n hargai bakat lakonan yang dia ada. Dari kita bangga tgk cite luar baik kte hargai filem kita. Bila tgk sesuatu cite, jgn ingat nak tgk cite best jek. Cuba cari sesuatu yg positif dlm cite tu. Dalam kayangan ni byk perkara positif yg aku dpt amik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: