Archive | Drama RSS feed for this section

Bicara Hati synopsis

27 Jul

NORAINI gadis berumur 17 tahun, akan mengambil peperiksaan SPM tahun ini.Pak Rasyid, bapa Noraini begitu bimbang tentang perangai anaknya itu, kerana lansung tidak berminat untuk belajar.

CIKGU HADI, seorang guru yang baru ditugaskan untuk mengajar di sekolah Noraini. Beliau begitu berdedikasi mengajar murid-muridnya, termasuklah Noraini.

Rupa-rupanya dalam diam Noraini menaruh perasaan terhadap Cikgu Hadi. Untuk memikat Cikgu Hadi, Noraini begitu bersungguh-sungguh belajar sehingga Cikgu Hadi memberi keperihatinan yang agak lebih terhadap Noraini.

Berkat ketabahan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh Cikgu Hadi terhadap kerjayanya dan kepada murid-muridnya, sekolah Noraini mencapai keputusan cemerlang.

Sedang Noraini bersiap-siap untuk ke Universiti, alangkah kecewanya hati Noraini apabila Cikgu Hadi pulang ke kampung Noraini dengan membawa isterinya bersama.

Apakah BICARA HATI Noraini?

Starring:
Nur Fazura, Nik Mikhail, Tengku Shaheera, Adek Putri Balqis